Khamis, 6 Januari 2011

BUKAN 'RAIS'..........

Hari ini.....Seorang Menteri  'DATO SERI DR RAIS YATIM'
Di cincang maruahnya, di bunuh jiwanya.........
NAUZUBILLAH, sesungguhnya Fitnah lebih buruk dari membunuh....

TOMAHAN..... UMPATAN.......FITNAH!!!!!!!!!!!
Apakah ini budaya kita??????????????????????????
Semua agama didunia ini mengajar erti kebaikan dan mengarahkan keamanan, tidak ada satupn yang mengizinkan mana-mana manusia menzalimi binatang apatah lagi sesama manusia.

Bagi orang Islam sudah jelas dan nyata bahawa amalan tohmahan dan fitnah ini sangat keji dan dimurkai Allah, namun terlalu kuat kah godaan syaitan atau kita sendiri sudah lebih jahat dari syaitan hingga menjadikan TOHMAHAN dan FITNAH ini satu amalan dan gaya hidup?????

Wahai manusia..........
Andai kita menghargai diri kita sebagai manusia yang dianugerahkan akal fikiran dan kebijaksanaan....
Jangan lah kita membiarkan diri kita hanyut dengan godaan syaitan atau kita merelakan diri kita menjadi syaitan hanya kerana hasad dengki dan impian yang tidak menjanjikan hidup yang abadi.

Ikhtiraf lah diri kita sebagai manusia yang bertamadun, manusia yang bertamadun tidak menamalkan perkara keji dan jelik, manusia bertamadun adalah manusia yang berilmu.....ilmu itu harus la dihayati dan dijadikan panduan dan amalan. Sesungguhnya hanya ilmu dan penghayatannya sahaja mampu megekang penularan kekejian ini spt hadis yang diriwayatkan olehIbnu Majah dari Abu Umamah dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda 'AKAN MUNCUL BERBAGAI FITNAH, DIPAGI HARI SESEORANG DALAM KEADAAN MUKMIN LALU KAFIR DI PETANG HARINYA, KECUALI ORANG YANG DIHIDUPKAN ALLAH DENGAN ILMU'

Apakah anda mahu menjadi kafir di penghujung hidup anda???? hanya kerana budaya FITNAH.....