Ahad, 26 Disember 2010

POLITIK...UMPAT DAN FITNAH.......

Politik...umpat dan fitnah............
seolah satu gabungan yang sinonim.....mendukacitakan....
tak kira kecil atau besar peranan seseorang dalam dunia politik, gabungan yang mendukacitakan ini pasti akan mengimbau langkahnya........ benarkah???

Cita-cita dan impian kepentingan peribadi sering mengatasi segalannya.....inikah sebenarnya ada dalam politik???

Apakah politik meletakkan erti persaingan menjadi satu kepedihan dan membuatkan kita lupa.................. ' ayat 12 - surah Al- Hujurat Allah SWT berfirman yang bermaksud "Dan jangan lah kamu mengumpat setengah yang lain, adakah kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati, tentulah kamu sekalian benci memakannya"

Jumaat, 24 Disember 2010

MENGANYAM BUIH DI LAUTAN

bersorak......
bertempik............
lalu........
bertempiaran......................

kenapa ini yang kita lakukan???
apa yang kita cari????? apa yang kita cari????
apa yang kita mahu???????????????

wahai mata hati..........
lihat lah kebenaran............
wahai pemikir yang bijaksana...............
teluskan jawapanmu..........
jangan hanya terbuai mimpi di senja nan kelam............
memintal awanan kelabu berbaur ribut dan taufan............
hanya kerana....................
kita masih menganyam buih - buih di lautan..................

Jumaat, 10 Disember 2010

SATU MALAYSIA DARI SUDUT AGAMA

Konsep Satu Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menimbulkan pelbagai reaksi positif dari banyak kalangan masyarakat.
Bagaimanapun, tentulah tidak dapat dinafikan bahawa persepsi negatif dan rasa kebimbangan akan timbul juga, terutamanya terhadap sesuatu visi yang baru, khususnya apabila terlalu banyak lahirnya spekulasi yang cuba memberikan gambaran yang bukan-bukan terhadap sesuatu gagasan yang baru itu.
Bagi saya, apa-apa saja gagasan dan visi baru yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, maka hakikatnya segala sesuatu yang telah tersurat di dalam Perlembagaan negara tentulah tidak akan disentuh, malah peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan tentulah akan menjadi asas penting yang tidak boleh di cabuli.
Dari perspektif agama, maka telah wujud peruntukan di dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah agama negara, dan agama-agama lain bebas diamalkan di dalam negara kita secara aman dan harmoni.
Peruntukan ini amat jelas memberikan perlindungan terhadap kekuatan agama Islam yang tidak mungkin dicabar kedudukannya, dan sesiapa sahaja yang menjadi Kerajaan, maka Kerajaan itu haruslah menghormati dan melindungi kedudukan Islam seperti yang termaktub itu, dan dalam masa yang sama memberikan perlindungan kepada agama-agama lain yang mahu diamalkan oleh penganut masing-masing dalam keadaan aman dan harmoni.
Sejarah pembangunan tamadun Islam sejak zaman Rasulullah SAW sehingga ke zaman kegemilangan Islam yang telah bertapak di Eropah dan China telah membuktikan bahawa konsep "satu" agama tauhid ialah membangun akidah dan syariah penganut Islam dengan amat kuat dan kukuh sekali, di samping menghormati penganut agama lain dan amalan yang mereka lakukan dalam agama mereka.
Sejarah membuktikan bahawa pemerintahan Islam semasa Rasulullah SAW di Madinah, dan semasa Islam memerintah Andalusia, pemerintah itu tetap berlaku adil terhadap semua rakyat tanpa sebarang tekanan yang boleh membawa kepada konflik yang akan menimbulkan perpecahan dan sengketa di dalam masyarakat.
Dasar ini dihormati dan difahami oleh semua warga yang menjadi rakyat di bawah pemerintahan itu, lalu tidak terdapat sebarang gerakan atau pengkhianatan yang berlaku di kalangan rakyat sehingga memungkinkan timbulnya rasa resah gelisah dan tidak puas hati di antara rakyat.
Konsep Satu Malaysia semestinya akan mengambil iktibar dari perjalanan sejarah ini, demi keamanan dan kekuatan Malaysia sendiri.

Ulung
Di negara kita, seperti yang telah saya sebutkan di atas, dari perspektif agama, maka sejak kita mencapai kemerdekaan, dan semenjak berkuatkuasanya Perlembagaan, maka agama Islam merupakan agama negara, dan Raja-Raja Melayu merupakan sebuah institusi yang menjaga dan melindungi hal elwal agama Islam.
Yang di-Pertuan Agong dalam lafaz penerimaan pelantikan Seri Paduka, salah satu perkara yang disebutkan ialah melindungi agama Islam di negara ini.
Malah kedudukan agama Islam sebagai agama negara yang ulung di dalam negara kita juga adalah merupakan satu kontrak sosial yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun kerana sejarah telah membuktikan bahawa persetujuan untuk memaktubkan Islam sebagai agama negara adalah merupakan satu kesepakatan di antara Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra dengan ketua parti politik MCA dan MIC yang mewakili tiga kaum terbesar rakyat Malaysia ketika itu.
Dan sebagai jaminan untuk kekuatan dan keamanan negara jugalah, Perlembagaan memperuntukkan bahawa agama-agama lain bebas diamalkan oleh penganut masing-masing dalam aman dan harmoni.
Kedudukan ini, saya rasa tidak mungkin disalahgunakan oleh sesiapa pun, dan sebagai Kerajaan yang bertanggung jawab, tentulah Perdana Menteri menyedari hal ini ketika meletakkan agenda pemerintahannya yang berkonsepkan "Satu Malaysia".
Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, saya percaya majoriti rakyat tetap cintakan perdamaian dan keharmonian, termasuk dalam mengamalkan agama masing-masing, dan dalam pendekatan mereka ketika membicarakan isu-isu agama di dalam masyarakat dan di kalangan mereka sendiri.
Konsep satu Malaysia mengakui keadaan ini, dan tentunya akan menolak sebarang gerakan atau agenda sebarang kumpulan agama yang radikal dan ekstrem dari kalangan agama mana sekali pun.
Hal ini saya sebutkan, kerana senario masyarakat dunia pada hari ini telah menyaksikan kelahiran golongan radikal dan ekstremis di kalangan berbagai-bagai agama di seluruh dunia. Kita menyaksikan kelahiran ekstremis agama di kalangan Kristian, Hindu, Buddha dan Islam sendiri, yang bertindak ganas dengan menyalahgunakan agama dan memperalatkan agama untuk golongan yang tertentu, atau kerana kepentingan diri sendiri.
Saya percaya, konsep Satu Malaysia akan memerangi tindakan golongan ini sekiranya hal ini juga akan timbul di dalam masyarakat kita, iaitu memerangi golongan pelampau yang boleh menganggu kestabilan negara dan rakyat, malah yang mungkin juga merupakan gerakan radikal yang terkeluar dari kesucian ajaran agama itu sendiri.
Konsep satu Malaysia tentunya tidak akan melihat kepada persamaan yang terkeluar dari peruntukan Perlembagaan dan terpesong daripada ajaran serta definasi agama itu sendiri, terutamanya agama Islam yang mempunyai ciri-ciri ritual dan falsafah ketuhanannya tersendiri yang tidak mungkin di rombak atau dicabar oleh sesiapa pun. (Sila lihat juga tulisan Khairuddin Mohd Zain, Utusan Malaysia 15 April 2009, Satu Malaysia: Perspektif Orang Muda)
Dalam falsafah ketuhanan umpamanya, tidak mungkin sebarang penganut agama lain akan menimbulkan sebarang bantahan di atas cara penyembahan dan definisi ketuhanan masing-masing.
Umat Islam di Malaysia tidak pernah mempersoalkan tentang acara-acara keagamaan Hindu, Krisrtian, Buddha dan sebagainya yang diamalkan di negara kita pada hari-hari perayaan keagamaan atau di rumah-rumah ibadat mereka, kerana hal itu adalah merupakan ritual mereka masing-masing.
Demikian juga penganut agama lain tidak seharusnya mempersoalkan konsep ketuhanan dan ritual serta perlaksanaan syariah agama Islam yang sebenarnya, kerana umat Islam lebih memahami dasar agama dan ajarannya di kalangan masyarakat mereka.

Gagasan
Dasar tanpa ganggu menganggu dalam ajaran agama inilah yang dapat membentuk satu kekuatan bangsa dan rakyat mengikut konsep unity in diversity, dan konsep inilah yang seharusnya didokong oleh gagasan Satu Malaysia dalam menegakkan hak dan tanggung jawab semua kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai agama ini.
Rasulullah SAW ketika diminta oleh orang musyrikin supaya bersetuju untuk saling sembah menyembah tuhan masing-masing, termasuk menyembah Allah, maka baginda mendapat panduan daripada Allah SWT agar tidak bertolak ansur di dalam isu yang amat fundamental ini, dengan menegaskan kepada mereka bahawa "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agama aku", ertinya di dalam isu ketuhanan dan ibadat, maka tidak seharusnya timbul sebarang persengketaan yang boleh memecahbelahkan masyarakat awam, kerana isu ini adalah isu akidah masing-masing.
Dalam konsep amalan agama yang eksklusif untuk agama itu, kita bersetuju untuk tidak mempersoalkan kesucian agama lain, walau pun dalam banyak perkara dalam amalan agama masing-masing itu, terdapat perbezaan pandangan dan pendapat, terutamanya dari segi akidah, kerana kita percaya kepada keharmonian manusia dan masyarakat, maka dalam pendekatan baru ini kita bolehlah berpegang kepada dasar agree to disagree berpandukan kepada pendekatan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap kaum musyrikin itu.
Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab tentang agama, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom sendiri merupakan satu manifestasi baru yang mungkin membawa semangat satu Malaysia, iaitu ketika beliau menyatakan secara terus terang kesediaannya untuk mengkaji semula tentang program dan agenda Islam di negara kita, termasuk isu yang berkaitan dengan isu istilah agama yang tertentu, yang telah menimbulkan begitu banyak kekeliruan di dalam masyarakat Islam dan bukan Islam di negara kita.
Oleh itu saya rasa masyarakat Islam haruslah melihat kepada sudut yang lebih positif terhadap konsep Satu Malaysia ini dari perspektif agama. Dalam masa yang sama mereka juga seharusnya mengemukakan gagasan yang lebih membina dan konstruktif bagaimanakah konsep atau gagasan ini seharusnya dibangunkan dengan sebaik-baiknya berdasarkan polisi ini dan dapat mengukuhkan lagi kedudukan agama negara dan umatnya.
Selain itu bagi menambahkan lagi kefahaman yang mantap terhadap agama Islam sendiri, yang nampaknya akhir-akhir ini telah diberikan pentafsiran yang berbeza- beza sehingga menimbulkan kekeliruan yang banyak di dalam masyarakat kita.
Golongan agama dan para sarjana Islam seharusnya mengambil peluang dari keterbukaan dasar negara ini untuk memberikan kerjasama dan pemikiran mereka yang membina bagaimanakah dasar Satu Malaysia dapat digunakan sebaik-baiknya dalam meningkatkan perlaksanaan agenda agama dan umatnya di negara ini.
 Sumber: Utusan Malaysia (24 Mei 2009)

STRESS DAN CARA MENGATASINYA MENURUT PANDANGAN ISLAM

1. DEFINASI
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang.
Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah  dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga.

1.1 Stress Menurut Pandangan Pandangan Islam
Punca   stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya  berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu  dan akal.
• Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus ( latifah ) ketuhanan ( rabbaniah ) dan kerohanian ( ruhaniah)
2. STRESS ITU UJIAN ALLAH S.W.T

doaedit
            Berdoa boleh mententeramkan jiwa
Surah Al-Baqarah(2):155Firman Allah yang bermaksud: 
“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.
Hadis…….
“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Solihin )

2.1  PERUBAHAN FIZIKAL
* Sakit
* Terlalu kurus / gemuk
* Hilang keceriaan diri
* Lesu / letih
* Terlalu / tidak langsung berhias
* Agresif
* Suka mengelamun
* Sering lupa
* Mengasingkan diri

2.2 PERUBAHAN SIKAP
 Mudah marah
 Mudah bosan
 Tidak mampu menguruskan diri / kerja
 Suka Mengalihkan kemarahan
 Sentiasa berpandangan negatif
 Hilang pertimbangan / separa sedar

2.3  PERUBAHAN EMOSI
 Terlalu cemburu
 Penyedih dan sensitif
 Terlalu gembira / riang
 Ego dan mementingkan diri
 Kemurungan
 Kerisauan / kebimbangan
3. KESAN TEKANAN
3.1  POSITIF
 Sumber motivasi diri
 Perubahan positif
 Kecemerlangan diri
 Kuat berusaha
 Persaingan diri
 Optimis
 Keyakinan diri

3.2  NEGATIF
 Prestasi menurun
 Resah gelisah
 Hilang kesabaran diri
 Rasa bersalah
 Rendah diri
 Pesimis dan sensitif
 Hilang pertimbangan diri
4. TEKNIK MENGURUS TEKANAN
 Muhasabah diri / koreksi diri
 Mengenali punca-punca tekanan:
 -  Kurang Kemahiran
 -  Kurang Ilmu
 -  Kurang Komunikasi
 -  Hubungan dengan orang atasan dan bawahan
 -  Pengurusan Masa tidak cekap
 -  Masalah keluarga/kewangan dll
 Ambil tindakan tertentu:
 -  Menghadiri kursus
 -  Dapatkan bantuan pakar
 -  Meningkatkan ilmu/kemahiran komunikasi dll

5.  FAKTOR –FAKTOR STRESS

5.1  FAKTOR DALAMAN

 Keinginan melakukan yang terbaik
 Terlalu ideal
 Tiada keyakinan diri
 Putus asa / rendah diri
 Kurang pengetahuan agama
 Terlalu menjaga kepentingan orang lain
 Desakan untuk mendapat pujian / penghargaan
 Kaki kerja (workholic)
 Gagal menguruskan masa
5.2  FAKTOR LUARAN

 Ketua / majikan ( arahan tidak jelas & tidak sekata)
 Konflik Pasangan hidup  (suami / isteri)
 Konflik keluarga (anak bermasalah, penceraian ibubapa, dll)
 Pengaruh dan masalah dengan Rakan / sahabat / jiran
 Perubahan kerja yang terlalu kerap
 Penempatan yang terlalu lama di suatu tempat kerja
 Persekitaran dan kurang kemudahan/prasarana
 Tidak mendapat penghargaan
      5.3 FAKTOR ISU SEMASA
 Kegawatan ekonomi dunia 
 Malapetaka / musibah
 Jatuh sakit
 Perubahan politik
 Kehilangan orang yang disayangi / tempat bergantung
 Perubahan status / kedudukan
 Gagal dalam memenuhi kehendak jabatan
 Perpisahan dan perceraian
6. TINDAKAN PEMULIHAN TEKANAN
 Ubah rutin hidup
 Latih diri dengan situasi baru
 Bertenang, sabar, kawal, abaikan
 Latih berfikir secara positif dan berusaha membuat perubahan positif
 Redha dan menerima situasi
 Dapatkan sokongan emosi daripada orang yang mempunyai hubungan rapat (kawan,ibubapa, suami isteri)
 Rehat, bercuti atau pindah
 Bersenam
 Sedar tahap keupayaan diri
 Seimbangkan aktiviti kehidupan
 Membuat perancangan yang teratur
 Pertingkatkan kemahiran / pengetahuan dalam pelbagai bidang
 Pertingkatkan ibadah / taqarrub kepada Allah
 Elakkan perkara yang dilarang agama / mendatangkan kemudaratan kepada diri
 Dapatkan nasihat pakar
7.  PENAWAR ROHANI
 SOLAT
  a. Hajat
  b. Taubat

 Firman Allah yang bermaksud: “ Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang”. ( Al-Baqarah (2):153)
 DOA
 -  Doa mengelakkan lapan perkara:
  1.  Rasa sedih
  2.  Dukacita
  3.  Malas
  4.  Lemah
  5.  Penakut
  6.  Bakhil
  7.  Bebanan hutang
  8.  Gangguan Manusia
 ZIKIR
 -  Sebutlah nama Allah, Insyaallah hati kamu akan tenang.
 BACA AL-QURAN
 -  Al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit
8. Apakah kesan buruk gejala stress?
Kesepian dan menyendiri merupakan simptom susulan akibat stress. Jika tidak diatasi, kesan buruk yang lebih serius boleh berlaku seperti tekanan perasaan dan bunuh diri. Jadi, atasi stress segera dengan bertenang & berfikiran positif untuk kehidupan yang lebih sihat.

9.  KESIMPULAN
Setiap manusia tidak terlepas dari ujian hidup.  Yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian dengan syarat tabah dan redha menghadapi segala ujianNya.

Suntingan dan sumber dari JAKIM

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut:  ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:  
  • Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
  • Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
  • Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
  • Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  • Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
  • Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
  • Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  • Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
  • Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
  • Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Sejarah Pendidikan di Malaysia

Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan
  • Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
  • Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
  • Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
  • Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini
  • Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
  • Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
  • Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
  • Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
  • Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
  • Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan
Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979
  • Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
  • Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
  • Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
  • Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
  • Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
  • Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan
Rang Undang Undang Pendidikan 1995
Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.
  • Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan
  • Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun
  • Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan
  • Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan
  • Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:-

(a) Pendidikan Prasekolah
  • Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;
 (b) Pendidikan Rendah
  • Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi   yang  boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hinggah tujuh tahun;
  • Ia terdiri daripada Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan;
 (c) Pendidikan Menengah
  • Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan Menengah Rendah dan Menengah Atas;
  • Pendidikan Menengah yang diadakan terdiri daripada
            o    Sekolah Akademik
            o    Sekolah Teknik dan Vokasional
            o    Sekolah Kebangsaan Agama

(d) Pendidikan Lepas Menengah
  • Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.
  • Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.
  • Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-
          o    Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan  kepada Jabatan Pendidikan Khas.
          o    Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.

Falsafah Pendidikan Negara
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Lagu Negaraku


Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta

Perdana Menteri Malaysia

01 - Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Bapa Kemerdekaan) (1957–1970)

02 - Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (Bapa Pembangunan) (1970–1976)

03 - Tun Hussein bin Dato' Onn (Bapa Perpaduan) (1976–1981)

04 - Tun Dr. Mahathir Mohamad (Bapa Pemodenan) (1981–2003)

05 - Tun Abdullah Ahmad Badawi (Bapa Pembangunan Modal Insan) (2003–2009)

06 - Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak (Bapa Transformasi[perlu rujukan])(2009–kini)

Rabu, 8 Disember 2010

Nikmat yang bersebab

Ahamdulillah bersyukur kita kehadrat ALLAH SWT, yang telah mengurnia kan malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur serta maju, sebagai rakyat yang cinta kan kepada kedamaian saharus nya kita berbangga dengan nikmat perpaduan yang telah kita kecapi. Dari segi rekod, malaysia sudah membukti kan kepada dunia, betapa kita berjaya dan mengujud kan perpaduan, kerharmonian dan kesejahteraan berbilang kaum di bumi malaysia tercinta.
Kesan dari ujud nya perpaduan yang jitu, kita telah dapat mengecapi kesetabilan politik dan kemakmuran sosio ekonomi secara berterusan. Sesungguh nya apa yang kita kecapi kini bukan datang dengan sendiri dan ia nya perlu kan pengorbanan semua pehak, ini lah hasil usaha perjuangan para pemimpin negara di bawah teraju kerajaan Barisan Nasional yang mentadbir secara demokratik,pragmatik, progresif dan keadilan kepada semua kaum.
Jesteru itu mempertahan kan nikmat perpaduan merupa kan tanggung jawab semua pehak, tidak mengira kaum dan kefahaman Agama. Menjadi pemimpin itu mudah, memimpin itu yang payah jika jiwa di cengkam resah gelisah, maka negara akan musnah.